Ari ni pening pikiaq nak wat paten ape ek langsir ni. Tuan punya bagi Kain suruh aku pikir nak wat paten ape.
NAJWA COLLECTION
Kami Menjual Pelbagai Jenis Tudung Secara Online Dengan Harga Yang Berpatutan.Jika berminat anda boleh PM kami atau whatsapp ke 0135060773 dan 0134361972 untuk maklumat yang lebih lanjut . anda juga boleh follow instagram kami di NAJWACOLLECTION .
Khamis, 12 Jun 2014
Sabtu, 28 Disember 2013
Salam senja buat pengunjung laman kecil ini terima kasih banyak2 bagi sesiapa yang berminat untuk membeli tudung untuk minggu ni hanya ini stok yg masih ada sbb tak Sempat nak ambik stok baru skolah dah nak bermula. Nanti bila ada stok baru pihak kami akan upload untuk tatapan dan pilihan ok.terimasih kpd yang sudi menghabiskan stok kami. Selamat berhujung minggu Assalamualaikum
Khamis, 26 Disember 2013
Rabu, 25 Disember 2013
TUDUNG ONLINE
Assalamualaikum wbt.
salam keceriaan di pagi yang penuh keberkatan semoga semua yang berkunjung kesini dalam limpahan kasih sayang Allah SWT.
Saya ingin memperkenalkan butik online kami yang baru beroperasi tak sampai sebulan dan incomenye amat menggalakkan. Dah 3 kali restok . Alhamdulillah syukur atas segala rezeki yang Allah bagi dan terima kasih kepada suami yang memberi sokongan ,anak-anak, Adam, Najwa, Ayyub dan Ilyas dan teristimewa buat yang sudi membeli tudung dalam koleksi kami.
salam keceriaan di pagi yang penuh keberkatan semoga semua yang berkunjung kesini dalam limpahan kasih sayang Allah SWT.
Saya ingin memperkenalkan butik online kami yang baru beroperasi tak sampai sebulan dan incomenye amat menggalakkan. Dah 3 kali restok . Alhamdulillah syukur atas segala rezeki yang Allah bagi dan terima kasih kepada suami yang memberi sokongan ,anak-anak, Adam, Najwa, Ayyub dan Ilyas dan teristimewa buat yang sudi membeli tudung dalam koleksi kami.
P01
P02
P03
P04
P05
P06
Tudung awning bercorak pasley yang pasti akan menarik perhatian anda. Dengan rekaan yang ringkas dan sopan akan membuatkan penampilan lebih menarik.
jika berminat PM atau whatsapp ke 0135060773 atau 0134361972. follow kami di instagram NAJWACOLLECTION. Sila nyatakan jenis tudung beserta kod.
jika berminat PM atau whatsapp ke 0135060773 atau 0134361972. follow kami di instagram NAJWACOLLECTION. Sila nyatakan jenis tudung beserta kod.
Rabu, 24 Julai 2013
Kek lapis Mocca
( dari Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu) sumber resepi blog Kak wan
Belum ku cuba lagi Insya Allah akan ku cuba dan akan ku share gambarnya. Tapi tak tau bile...
BAHAN-BAHAN A :-)
250 gram mentega (cm guna scs)
150 gram gula kastor
14 kuning telur (gred A)
5 camca besar susu pekat manis
BAHAN-BAHAN B :-)
150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
7 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar
BAHAN-BAHAN C :-)
160 gram tepung Hong Kong*
40 gram Horlick*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan gaul rata)
1 camca teh esen vanila
1 1/2 camca teh stoberi paste + 1/4 camca teh pewarna makanan pink
1 1/2 camca teh coklat emulco + 1/2 camca teh perisa mocha
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. Putar mentega dan susu hingga sebati, masukkan gula kastor dan putar hingga putih. Tambah kuning telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah disatukan sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Ketepikan.
- Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur ke dalam adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik dan kacau hingga sebati.
- Bagi adunan kepada 3 bahagian, satu dimasukkan esen vanilla dan kacau rata, satu ditambah stoberi paste dan pewarna merah jambu, kacau rata dan satu lagi dengan coklat emulco dan perisa mocha. Kacau rata. Ketepikan.
- Masukkan tin ke dalam oven dan panaskan 1-2 minit. Keluarkan tin dan sudukan adunan coklat sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5 - 7 minit (tukar pada api grill) hingga perang, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan mentega cair dan lapis lagi dengan adunan coklat hingga siap.
- Kemudian lapis pulak dengan adunan stoberi hingga siap dan akhir sekali adunan vanilla hingga siap. Untuk lapisan akhir bakar hingga perang sedikit, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan bakar 10 minit dengan fungsi api atas dan bawah. Sejukkan kek sekejap, keluarkan dan sejukkan sepenuhnya atas redai sebelum dipotong....
CATATAN MAT GEBU :-
Jangan lupa menyapu setiap lapisan kek yang telah masak dengan mentega
cair sebelum anda lapiskan dengan adunan baru dan setiap lapisan. cm
guna 4 camca besar.....Selamat mencuba!!.
Langgan:
Catatan (Atom)






